'' Hidayah ''
by Cnak Dozzy Mutiara Islam
Hidayah, betapa mahalnya ia jika dibicarakan dalam rentang hidup anak manusia. Terlebih jika hidayah itu datang secara tiba-tiba, tanpa ada rencana dan tidak ada proses untuk mendapatkan yang direka. la begitu saja datang lalu tergetarlah episod hidup yang penuh dengan taburan cahaya.
Hidayah Allah SWT itu tidak diberikan kepada manusia berdasarkan kedudukan, keluarga, pangkat, dan harta mereka. Melainkan hidayah dan cahaya Allah itu diberikan kepada orang yang dikehendaki oleh-Nya dan berhak untuk menerimanya. Hidayah Allah dikerahkan bagi orang yang memang ingin mencarinya dan gemar untuk mendapatkannya.
Siapa saja yang ditunjukkan oleh Allah sebuah hidayah di dalam hatinya, kemudian dia berjuang dengan sungguh-sungguh di jalan Allah, dia rela Allah sebagai Tuhannya, dan menjadikan Allah sebagai tujuannya, maka keredhaan-Nya telah dipancarkan ke dalam matanya dan Allah memberikannya
suatu petunjuk.
Untuk mencapai hidayah itu bukan hanya dengan banyak beribadah, tetapi harus disertai dengan keimanan dalam hati. Bukanlah iman kalau hanya dengan menyendiri dan berangan-angan, tetapi iman adalah yang bersemayam di dalam hati dan direalisasikan dengan amal perbuatan. Kebanyakan orang yang ahli ibadah zaman sekarang ini salah persepsi ketika mereka mengira bahawa jalan untuk mencapai hidayah adalah dengan banyak beribadah. Sehingga, mereka mengada-adakan suatu ibadah yang tidak diajarkan oleh Allah dalam syari'atnya.
Sesungguhnya Allah mengetahui bahawa di dalam hatimu ada keinginan untuk
mendapatkan hidayah dan juga mengetahui apa yang tersembunyi di balik jiwamu bahawa kamu menginginkan-Nya. Kalau kamu bersungguh-sungguh mencari hidayah, pastilah Allah akan membukakan dan memberikan untukmu sesuatu yang tidak terlintas dalam hatimu. Janganlah di dalam kehidupan ini kamu kikir memberikan kemudahan, ilham, bimbingan, pemberian, cahaya dan keberkahan. Sesungguhnya Allah akan mendatangkan hidayah dari salah satunya.
Inilah keinginan yang besar dan keinginan yang sesungguhnya, yang tidak akan dapat ditandingi oleh keinginan untuk mendapatkan kemewahan dunia. Sesungguhnya, semua keinginan itu akan terlihat murah kalau dihadapkan dengan keinginan yang mulia untuk mendapatkan hidayah. Dan hanya orang-orang rugi yang tidak ingin menggenggamnya erat-erat setelah mendapatkannya.... FIKIRKANLAH!
Allah,
Sangat dekat dengan kita
bahkan lebih dekat dengan urat leher kita
Adakah kau mengerti
tiap desah nafas adalah kasih sayang-Nya
Dia telah memanggilmu,
menegurmu dengan sangat dekat
memberimu surat cinta untuk dibaca
Jika selangkah saja kau dekat pada-Nya
Dia akan mendekatimu seribu langkah....
Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri.
Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah..
About Me
Arsip Blog
-
▼
2011
(31)
-
▼
April
(30)
- '' Aku ''
- '' Andai Saja ''
- '' UntukMu ''
- '' Rindu ''
- '' Kegagalan Berbuah Iman ''
- '' Penyesalan ''
- '' Kebiasaan Hidup Jujur ''
- '' Tidak Mudah Untuk Menjalin Persahabatan ''
- Sahabat Bloggerku
- '' Khusyuk ''
- '' Modal Utama Cara Merawat Kucing Adalah Kesabara...
- '' Ciri Ciri Kucing Sakit ''
- '' Hal-hal yang mempengaruhi Kesehatan kucing ''
- '' Perbaiki Diri ''
- '' Hidayah ''
- '' Jenis Jenis Air Mata ''
- '' Perkara Untuk Meraih Kebahagiaan ''
- '' Jenis Jenis Sabar ''
- '' Kenapa Aku Di Uji ??? ''
- '' Kawan Di Akhir Zaman ''
- '' Tanda Tanda Kematian Umat Islam ''
- '' Kata-Kata Mutiara Islam ''
- '' Manusia Punya Akal Maka Berfikirlah Manusia ''
- '' Sungguh Indah Ciptaan Allah ''
- '' Wanita ''
- '' Indahnya Islam ''
- '' Cahaya Agama Islam ''
- '' Memperkaya Orang dengan Senyum ''
- '' Sibukan Diri Dengan Perbaikan Diri ''
- " Do'a dan Usaha "
-
▼
April
(30)
Guestbook
Selamat Datang
Please a Comment!
My Hamster
10 April 2011 pukul 22.52
Udah hidup lampu disana..